Sunday, 28 July 2013

Hijrah seorang Wanita



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.

Ini ceritanya:

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh.

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut.

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents!

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari.

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."

Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.
p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.





Bila baca ni, saya sebak... bukan sedih, tapi berbahagia bila melihat penghijrahan rakan2 (walau tak mengenali). Ingin saya akui, keinginan untuk berubah sudah lama... tapi saya seringkali kalah dengan nafsu sendiri. mungkin jika saya tak ikhlas mencari...

Tapi bila kita betul2 ikhlaskan hati... kita berusaha dalam mencari... Alhamdulillah, Allah mendengar dan memberi apa yang kita cari. dan kemudian DIA serahkan pada kita bagaimana nak menghargai dan kekalkan dengan apa yang telah DIA beri...
Sebab tu orang kata, HIDAYAH tu datang sekelip mata dengan izin Allah tapi MUJAHADAH untuk ISTIQAMAH itu harus sepanjang masa. Jadi jangan ingat bila kita dapat HIDAYAH itu kita berhenti dari mencari tapi sebaliknya, kita harus terus mencari untuk mengekalkan apa yang kita miliki...



Gambar Hiasan





ALLAHUAKBAR... 


Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, 
Sebesar-besar dosa hamba-MU, besar lagi pintu pengampunan-MU... 
Syukur memberi aku peluang memahami makna seorang HAMBA...
memberi aku merasa indahnya hidup berlandaskan SYARIAT-MU...
memberi aku rasa CINTA kerana Allah...

Ya Allah, 
ku tahu perjalanan untuk bertemu-MU masih terlalu jauh...
Berikan aku kekuatan... 
lebih kuat dari badang!
supaya aku mampu menolak 'batu besar' seperti menjentik 'mukus'! :)






SYUKRAN FOR READING

No comments: