Wednesday, 2 October 2013

Jalinan terbina ini indah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Indahnya ukhwah,
Indahnya persahabatan,
Indahnya satu jalinan,
indahnya pertemuan,
indahnya perkenalan,
Indah semuanya,
Hebatnya Allah!!

"Jumpalah dia selagi ada peluang"
andai aku kuat, aku mahu sangat berjumpa dengannya, kalau jumpa, mahu saja memeluknya. Oh! betapa hebatnya rindu yang Allah beri. Betapa dahsyatnya perasaan yang Allah anugerahkan ini :') Air mata menitis . setitik demi setitik sehingga mengaburi mata.
Entah mengapa dia sangat istimewa dalam hati, entah mengapa dia sangat ku rindui.
Apabila cek dalam hati, yaa.. ku sedari betapa indahnya Ukhuwwah kerana Allah. Dapat dibezakan .. siapa kawan, siapa sahabat. Dapat kita rasakan, macam mana rasanya bersahabat kerana Allah, dapat rasakan bagaimana rasanya, apabila kita ingat dia, automatik ingat Allah .

Allah, ingat lagi perkenalan pertama.
Dimana hanya mengenali dari laman sosial, lalu bertukar no.hp. saling berkongsi ilmu walaupun dalam alam maya bukan pada realitinya. Apabila datangnya izin Allah,maka satu pertemuan membawa seribu makna,kenangan yang tersangat indah & manis. Subahanallah, subahanallah. Puji ku keatas Ilahi.
Ini kah insan yang Engkau hantar kepada ku Ya Allah? sungguh mulia hatinya :')

Dimana kukenal apa itu usrah, dimana ku kenal apa erti ukhwah fillah, dimana ku kenal segala-galanya. Dia ajar, dia didik. Dia pimpin aku. Aku salah, dia tegur.

Disebabkan mungkin kami kian dewasa,
saling mengejar cita-cita dan kejayaan, Allah bagi pula pelbagai ujian.

seperti katanya :
"Mungkin Allah pinjamkan kau sekejap dgn saya"

Ku mengiyakan katanya. benar, Allah pinjamkan dia sekejap saja. Hati berbisik, Husnuzon, bersangka baik lah.
Diri ini, hanya mampu medoakan kejayaannya, semoga berjaya didunia dan akhirat, semoga sentiasa istiqamah dengan perubahan sekarang, semoga menjadi wanita yang solehah.. yang bakal menjadi tetamu Allah nanti :') InsyaAllah.

Dengan ini ku kenal dan ku faham katanya.
Kawan dan sahabat itu adalah berbeza.

Dialah Sahabat ku Ya Allah,
Dialah Insan yang ku sayangi Ya Allah,
Jagalah dia untuk saya :')

Fi Hifzillah, Nur Azmalida.




Kata-kata hati Le Author  :')



SYUKRAN FOR READING

No comments: