Friday, 15 November 2013

Perasaan Itu Kadang-Kadang Plastik



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Kadang-kadang ianya plastik.

Perasaan itu. Ya, perasaan gembira itu. Kenapa ianya plastik?

Ambil contoh seorang nelayan yang turun ke laut saban hari, yang selama ini berasa cukup melihat hasilnya, tiba-tiba terlihat jirannya berboat baru, timbul rasa, “ish aku kena beli jugak la, aku punya ni dah lama, peninggalan arwah ayah”, padahal masih elok. Setelah berusaha keras membanting tulang, cukup setahun, dia pun punya wang untuk beli bot baru. Rasa puas hati. Senang hati. Gembira. Perasaan itu lahir daripada tercabar akibat boat baru jiran. Sedangkan rasa itu akan tahan tak lama. Lihat saja kanak-kanak, dapat satu permainan, gembira, bosan, merengek nakkan yang baru. Silih ganti bertukar sehingga bila-bila. Manusia kan tetap begitu, sikit sekali yang bersyukur.

Kemarau panjang iman yang berlaku di hati-hati pastikan terasa keringnya dalam duduk diam mahupun tengah ramai orang. Pernahkah terfikir, atau rasa gundah, ingin ke satu tempat yang dipanggil Ketenangan. Ada yang mencarinya di bola bowling, ada yang menjumpainya di sudut-sudut hilai tawa rakan, ada yang mendapatinya di benak hati kekasih, ada pula yang seperti sirih pulang ke gagang, sudah jauh lama tidak mengadu pada si ibu, balik bercerita minta si ibu menyuluh kegelapan kalbu.

Namun, tempat Ketenangan itu menentang peribahasa, “takkan lari gunung dikejar’, kerana ianya sekejap ada dan pasti pergi, macam iklan Chipsmore. Ya, memang Chipsmore itu bagi kemanisan, tapi kehadiran Chipsmore itu kadang-kadang ada (bila ada duit, pergi kedai dan beli) dan kadang-kadang tak ada (member/adik rembat) dan lebih penting lagi, rasa sedapnya itu, sementara.

Kegembiraan dapat score 300 di medan bowling itu, lawak kawan-kawan yang menarik mulutmu tersenyum itu, gurauan nakal penawar duka dan pujuk rayu kekasih itu, pesan nasihat dalam belaian tangan ibu di rambutmu itu, ianya tak kekal. Tempat Ketenangan itu tidaklah kekal. Kemudian kita akan kembali menjadi leka dengan dunia, dan tiba saat duka, kembali mencari tiket pergi kepada Ketenangan.

Bila Tumblr jadi tempat menghilang duka, Twitter jadi tempat bercerita mencari perhatian manusia, Blog jadi tempat luahan jiwa, Youtube jadi punca keseronokan sementara, Panggung Wayang jadi tempat melayan perasaan jauh dari dunia, Seni dan Muzik jadi means untuk ekspresi perasaan kita, Facebook jadi tempat mengisi kekosongan jiwa, Shopping jadi pelepas rasa hiba kecewa, Tidur jadi usaha menghilang kegusaran dunia, semuanya itu sungguh plastik belaka.

Sungguh Allah bercerita dalam buku panduan tentang nenek moyang kita yang kecewa dibuang ke dunia lalu menadah tangan memujuk hati dengan kebesaran keluasan keampunanNya, pesan nasihat pada kita bila terjatuh terngadah dagu atas iPhone 4 baru kemudian tertimpa pula tangga yang dipanjat tadi agar kembali padaNya, cerita Musa mengadu tentang ketakutan menghadapi si bongkak Firaun, kisah manusia biasa yang hilang rasa tenang di hati itu dan terus mengingatinya.

“Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah, hati kan tenang”, kata Allah.

Apalah pergantungan kita selama ini pada ubat stress, pada coke dan panadol, pada rakan-rakan yang makan kawan, pada ibu bapa, pada hiburan, muzik, movie dan sukan, pada majlis keramaian, pada percutian bila mana hanya satu punca utama perasaan itu (baca: perasaan yang kita selalu rasa itu), hanyalah kerana kita lalai dari mengingatiNya.

Bayangkan seorang postman yang ditugaskan mengantar surat ke rumah-rumah, punya surat yang banyak dalam plastik beg itu, tapi duduk diamnya di rumah, memikirkan gusar pekerjaannya belum selesai, sedangkan dirinya malas sekali bangun untuk mengantar surat itu, tetapi disibukkan dengan membersih motorsikal, mengupgrade enjing motor supaya lagi laju dapat hantar surat, mengecat baru, tukar ekzos, spoiler, skirting (err, ni motor ke kereta ni) sehingga lalai dengan tugasnya yang sebenar iaitu menghantar surat.

Kita, walaupun punya banyak tugas superficial, memakai sut-sut business, pakaian-pakaian pelajar, jersi-jersi sukan, uniform-uniform apa jua jawatan, pangkat, kerja kita, hakikatnya tak lain kita hanya lah seorang hamba. Seringkali kita lupa akan hakikat tugas kita sebagai seorang hamba tetapi mengingati dan risau akan tugas superficial itu. Maka bila kita tidak prioritas kerja kita dan memahami tugas sebenar hamba, dan melebihkan kerisauan pada tugas-tugas penyokong itu, maka saban hari, hati itu tidak akan tenang, kerana makin banyak surat-surat yang tak keterhantaran, makin berlambak manusia menanti-nanti surat yang dikirim pada mereka.

Mungkin, jika kita ambil satu langkah ke belakang dari arus deras dunia ini, dan lihat dari kaca mata hamba, barulah kita punya satu permulaan untuk mencari kebenaran, seperti mana mereka-mereka yang dimenangkan oleh Allah dan diberi balasan ketenangan abadi di syurga.

Apa erti kehidupan ini?

Tapi, itu lah, kebanyakan manusia ignorant, bak kata idiom orang putih, ignorance is a bliss. Of course it is, sampai masa nanti tahulah sejauh mana bliss nya ignorance kita itu,

sampai satu saat manusia dibangunkan dan mereka berkata, “Ah, celakalah kita, siapa yang membangunkan kita dari tidur ini.” sedang dalam kuburan itu mereka dibantai oleh makhluk2 Allah.

sampai masa manusia yang dibukakan kitabnya, mereka berkata, “Eh, bila pulak aku buat ni, eh, yang ni pun ada catat jugak? Ingat boleh terlepas, kecik je kot. Ya Allah, banyaknya benda salah aku buat.”

sampai nanti ada manusia yang berebut-rebut mencari rakan-rakan, ibu ayahnya, anak-anaknya, suku-sakatnya, geng-gengnya dulu, rakan kongsi gelapnya, imam-imam di masjid, jiran-jirannya untuk menuntut pahala kerana di akaunnya kosong, muflis.

sampai bila mereka yang dihadapkan pada Allah nanti tunduk menyesal dan berkata, “Lebih baiklah aku jadi tanah di dunia dulu.” Tanah at least tak kena seksa.

sampai saat manusia yang terkaya punya segala-galanya di dunia tetapi mungkar pada Allah dicelup dalam neraka sesaat ditanya, “adakah kamu punya kebahagiaan di dunia?” adalah pasti dijawab, “tidak, aku tak punya ingatan tentang dunia walau sesaat sekalipun”.

sampai nanti manusia yang menang di syurga melihat ke penghuni penjara neraka dan bertanya, “bukankah telah datang Rasul untuk mengingatkanmu tentang hari ini?” mereka menjawab, “ya, tapi kami telah mendustakannya”.

sampai ketika manusia yang meronta-ronta dalam keadaan yang sangat memilukan di neraka merayu padaNya, “berilah kami peluang untuk kembali sesaat atas dunia, pasti kami akan beriman dan beramal soleh.” maaf, peluang itu sudah tiada.

Oh ya, maka, perasaan itu plastik, sebab ianya sementara.
Yang kekal, hanya di surga.

Jom berlari bersama-sama, kita buat reunion di syurga!

Wallahu'alam

-cc :blog dakwah-


SYUKRAN FOR READING

Sayangkah Kita?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
gambar hiasan




Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini Allah kurniakan perasaan yang jauh dari kesedihan. Walau pun diri ini tahu bahawa diri ini
tidak layak langsung untuk memperoleh nikmat ini..namun, Alhamdulillah…

kata Allah,: ‘La in syakartum la azidanna kum’ sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan untuk kamu (nikmat-nikmat)..

Alhamdulillah di atas nikmat KEHIDUPAN..
Alhamdulillah di atas nikmat ISLAM..
Alhamdulillah di atas nikmat IMAN..
Alhamdulillah di atas nikmat SIHAT..
Alhamdulillah di atas nikmat orang-orang yang TERSAYANG di sekeliling diri ini..
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin….

Hakikatnya, diri ini adalah seorang hamba kepada Allah YANG MAHA PENGASIH (ARRAHMAN) dan MAHA PENYAYANG (ARRAHIM)..
Kata seorang ukhti, cuba kita bayangkan diri kita sebagai seorang hamba kepada seorang tukang besi, sudah tentu kita juga akan membuat besi seperti mana tuan kita. Begitu juga jika kita hamba kepada seorang tukang jahit, sudah tentu kerja-kerja menjahit akan menjadi sebahagian dari kehidupan kita.

Lalu, bagaimana pula peranan kita sebagai hamba kepada YANG MAHA PENGASIH (‘ibaadurrahman)? Sewajarnya hidup kita juga sepatutnya diwarnai sifat-sifat kasih sayang kerana Allah dan sesama manusia..bukankah begitu?

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:

“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Lalu bagaimana kita menjadi hamba kepada YANG MAHA PENGASIH? Allah sudah memberikan kita jawapannya:

seperti kata-kata Allah dalam surah al Furqan ayat 63-76;
  • Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; 
  • Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan. Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”; 
  • Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. 
  • Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
  • Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 
  • Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 
  • Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Wa Allahu a’lam



SYUKRAN FOR READING